Buku Dan Diari.

Monday 12 September 2011

Saya suka membaca buku cerita. Saya boleh menghabiskan tiga atau empat buah buku cerita di dalam masa sehari sahaja. Saya akan membaca di mana-mana sahaja. Cuma... saya tidak akan membaca di dalam kereta. <Saya mudah pening... toing... toing... toing...>
Saya suka menulis di dalam diari. <Apa sahaja yang saya nampak dan lihat.> Kalau saya pergi ke kedai mamak... saya akan catit. Roti canai, roti pisang, nasi goreng, mee goreng, ayam goreng... <Oh... saya laparlah bila sebut ayam goreng... yum... yum. :D>




Seronoknya Beraya

Friday 9 September 2011

Wah, seronoknya hari ini! Saya akan pergi beraya lagi. <Seronokkan, kumpul duit raya> :D :D

Kawan-kawan, dah banyak kumpul duit raya?


Kata ibu, budak-budak tak elok simpan duit banyak-banyak. <Muka sedih. Saya ingat nak kumpul duit untuk beli mainan 'angry bird' lagi. Comel kan mainan tu? Macam saya! :D>

Kata ibu lagi, sebelum masuk ke dalam rumah tetamu, kita kena memberi salam. Jangan main redah saja. <Huh, panas pipi saya. Macam kena penampar! Paaappp... Siapalah yang selalu buat macam tu kan? <Garu kening> ;D

Ibu sambung lagi. <Bilalah nak habis ni. -_->
Kita kena tunjuk muka  yang manis. <Senyum dengan ikhlas. :D> dan salam cium tangan. <Ohh... jangan lupa pakai lotion atau minyak wangi untuk bagi wangi tangan, terutamanya selepas makan kari! Sedapnya, kari kepala ikan! :)>

Makan biarlah tertib dan duduk biarlah sopan. <"Ibu, boleh saya makan biskut samperit?" :D>

Jom, kita pergi beraya.! Saya nak bawa beg tangan comel! <Ketawa sopan>

Cartoon Jem.


<3 <3


Cerita Saya. :D


Taraaa! Ini gambar saya. Comel tak? <Saya dah kata, saya memang comel. :D>

Ini topi kegemaran saya. Kalau cuaca panas, saya tak suka pakai payung! Saya suka pakai topi ini. :) Kawan-kawan, saya pernah nampak seekor katak yang sangat besar. Besar macam mana? Sebesar pinggan nasi! Tak percaya? <Ikut sukalah, saya tak paksa!>
Kami... <Ya. Ya. Kawan saya ramai, okey!> selalu mengintai katak ini di bawah katil. <Maknanya, si katak ini makan dan tidur di situlah! :D>
Saya pernah nampak biji mata ia. Bulat dan besar!
Ibu selalu cakap, "Jangan pegang dengan tangan! Nanti katak gigit!"

Sehingga sekarang, saya tak pasti... katak ada gigikah? <Urut dagu comel. :D>

Yeahhh... Berjaya Juga! :D

Thursday 8 September 2011

Saya dah cuba yang terbaik. Saya dah lakukan apa yang perlu. Saya harap sangat rakan-rakan suka. <Muka dah masam dan badan dah penat>
Seharian, saya mencari gambar yang cantik. <Cantik tak? Tak perlu jawab. Jawab sahaja dalam hati. Huh!>
Ini blog terbaru saya! <Eh, saya ada blog lain kah. :D (senyum menampakkan barisan gigi atas)>
Ohh... sebelum saya terlupa <Saya suka makan satay hati... itulah sebabnya. :D> Kalau kawan-kawan, nak bagi cantik lagi blog saya. Sila komen. <Komen yang bernas, okey!>