Seronoknya Beraya

Friday 9 September 2011

Wah, seronoknya hari ini! Saya akan pergi beraya lagi. <Seronokkan, kumpul duit raya> :D :D

Kawan-kawan, dah banyak kumpul duit raya?


Kata ibu, budak-budak tak elok simpan duit banyak-banyak. <Muka sedih. Saya ingat nak kumpul duit untuk beli mainan 'angry bird' lagi. Comel kan mainan tu? Macam saya! :D>

Kata ibu lagi, sebelum masuk ke dalam rumah tetamu, kita kena memberi salam. Jangan main redah saja. <Huh, panas pipi saya. Macam kena penampar! Paaappp... Siapalah yang selalu buat macam tu kan? <Garu kening> ;D

Ibu sambung lagi. <Bilalah nak habis ni. -_->
Kita kena tunjuk muka  yang manis. <Senyum dengan ikhlas. :D> dan salam cium tangan. <Ohh... jangan lupa pakai lotion atau minyak wangi untuk bagi wangi tangan, terutamanya selepas makan kari! Sedapnya, kari kepala ikan! :)>

Makan biarlah tertib dan duduk biarlah sopan. <"Ibu, boleh saya makan biskut samperit?" :D>

Jom, kita pergi beraya.! Saya nak bawa beg tangan comel! <Ketawa sopan>

0 comments:

Post a Comment